Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Khadijah Said Hashim di atas lantikan sebagai Koordinator Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM), bermula 1 Mac 2021. Selamat menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dan semoga berjaya menggilap permata-permata kepimpinan pelajar UiTM.
Kapsyen gambar: Lantikan diserahkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hjh Zuraeda Ibrahim, Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM.