Jabatan EDU anjurkan Sesi Ramah Mesra dengan Pemain Industri Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pada 11 Januari 2021, Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, telah menganjurkan sesi ramah mesra bersama empat pemain industri pendidikan awal kanak-kanak. Pihak penganjur amat berbesar hati menerima kehadiran Puan Hajah Mahanom Basri, Pengerusi Persatuan Taska Selangor juga Ketua Pegawai Eksekutif Kids Academy; Pemilik Cleverland Playschool; Ketua Pegawai Eksekutif Sri Urkeed; serta Pengasas Dzuliman.
Jabatan Pengajian Pendidikan sedang dalam proses penawaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan sesi pertemuan seumpama ini amat penting bagi memastikan hala tuju serta pengisian program memenuhi niche area serta selari dengan keperluan semasa. Selain daripada itu, sesi ini juga memberi ruang perbincangan kerjasama program-program kolaborasi di masa-masa akan datang.