Keratan daripada Kenyataan Media
Jabatan Komunikasi Korporat UiTM 9 Januari 2021
UiTM SEDIAKAN 15 RIBU SUKARELAWAN BANTU PASCA BANJIR
Shah Alam – Susulan inisiatif UiTM Prihatin, 15 ribu warga, termasuk Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah bersedia untuk digerakkan membantu mangsa banjir di beberapa negeri seluruh Malaysia ketika ini. Melalui inisiatif UiTM Prihatin ini, Misi Sukarelawan Pasca Banjir akan melibatkan 15 ribu sukarelawan dalam kalangan warga dan alumni UiTM dari cawangan di seluruh negara. Sukarelawan ini bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk pasca banjir di kawasan-kawasan yang terkesan seluruh negara >> Sila klik pautan ini untuk kenyataan media penuh: https://drive.google.com/file/d/1DeQ8-7mlfaUIOGFxTAe_L2VMhRjqZ9qm/view?usp=sharing