Tahniah En. Sumardianshah Silah di atas Penganjuran AUSLC2020

    Setinggi-tinggi tahniah kepada En. Sumardianshah Silah, pensyarah kanan Jabatan Pendidikan Seni dan Senireka, Fakulti Pendidikan, di atas penganjuran Asean University Student Leadership Conference (AUSLC2020). En. Sumardianshah berperanan sebagai individu penting di dalam penganjuran persidangan tersebut atas kapasiti beliau selaku Pengetua Kolej Perindu, UiTM Shah Alam. AUSLC2020 yang berlangsung dari 28 September - 1 Oktober 2020 telah membantu melonjakkan nama UiTM di pentas Asean melalui kolaborasi dengan pelbagai institusi pengajian tinggi serantau dan penyertaan pelajar dari pelbagai negara Asean. Tahniah sekali lagi kepada En. Sumardianshah Silah dan semoga penganjuran ini menyuburkan lagi budaya akademik di kalangan warga pelajar UiTM khususnya dan Asean amnya.

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Fakulti Pendidikan
    Aras 5 & 7, Bangunan FSK 1, 5
    Kampus Puncak Alam
    42300 Bandar Puncak Alam
    Selangor Darul Ehsan, MALAYSIAa

    General Inquiry:
    Email : educorporate@uitm.edu.my


    Website Inquiry:
    Webmaster : manmunjiaf@uitm.edu.my


    Tel: +603-3258 4920/4922/4990/4991
    Fax: +603-3258 4994