Majlis Pelancaran Sinergi SULAM telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, pada 22 Disember 2020. Pelancaran disempurnakan melalui gimik laser yang memukau. Majlis Pelancaran Sinergi Sulam merupakan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dilaksanakan secara hibrid sebagai mematuhi SOP, majlis melibatkan hanya 20 tetamu kehormat dan dikendalikan oleh 10 orang urusetia.