Fakulti Pendidikan Bakal Tawar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

     

    Fakulti Pendidikan Bakal Tawar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

     

    Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam merancang untuk menawarkan program diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bermula pada semester September 2022.

    Program yang akan mengambil masa selama lima semester ini (dua tahun setengah) adalah sebagai menyambut usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kelayakan minimum guru tadika di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta.

    Pada 2016, jemaah menteri menetapkan kelayakan akademik minimum sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi guru prasekolah di Malaysia berkuat kuasa pada 2020, yang terpakai kepada semua guru program prasekolah termasuk di tadika swasta.

    Bagi tujuan tersebut bermula 2020, pengusaha tadika swasta digalak mempertimbangkan pengambilan guru baharu dalam kalangan mereka yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum ditetapkan itu. Justeru penawaran program ini oleh Fakulti Pendidikan diharapkan dapat memenuhi permintaan semasa dalam bidang ini yang semakin dianggap penting.

     

     

     

     

    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Fakulti Pendidikan
    Aras 5 & 7, Bangunan FSK 1, 5
    Kampus Puncak Alam
    42300 Bandar Puncak Alam
    Selangor Darul Ehsan, MALAYSIAa

    General Inquiry:
    Email : edu.official@uitm.edu.my


    Website Inquiry:
    Webmaster : manmunjiaf@uitm.edu.my


    Tel: +603-3258 4920/4922/4990/4991
    Fax: +603-3258 4994